:
PENGENALAN
Share:


                              Tujuan Kami  Hanya Mahu Membantu Anda.

   Bermula pada tanggal November 2002 Sekolah El Khawarizmi memulakan langkah dengan Tadika Al Khawarizmi di Taman Puchong Prima. Kemudian atas permintaan ibu bapa anak-anak pada tahun 2004 telah ditubuhkan Pusat Bimbingan Al Quran dan Fardhu Ain Al Khawarizmi di kawasan yang sama. Nama ini dipilih oleh Pengasas Ustazah Syarifah Binti Sulaiman dan suami Ustaz Dr Ahmad Misbah Bin Mohamad Hilmi.

   Tercetus idea penubuhan Tadika Al Khawarizmi adalah kerana hajat Ustazah Syarifah yang sangat meminati bidang pendidikan dan di bantu oleh kedua ibu bapa Ustazah dalam memberikan semangat dan keyakinan bahawa Ustazah boleh pergi lebih jauh didalam bidang ini kebetulan kawasan Puchong Prima masih tiada Tadika Islam dan masyarakat memerlukan  tempat anak-anak belajar agama dan Al Quran.

   Pada tahun 2011 Pusat Bimbingan Al Quran dan Fardhu Ain telah ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Islam El Khawarizmi kerana pendaftaran JAIS yang hanya boleh didaftarkan atas nama Sekolah Rendah Islam.

    Matlamat awal kami adalah untuk membantu anak-anak orang Islam yang memerlukan guru Al quran dan Agama untuk membimbing anak-anak. Bagaimanapun pada tahun 2017, kami telah menubuhkan Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar El Khawarizmi kerana melihat keperluan masyarakat kepada Sekolah Integrasi iaitu sekolah bersepadu yang merangkumi matapelajaran Akademik, Agama dan Hafazan.

    Terdapat perkhidmatan lain iaitu perkhidmatan Jagaan Day Care dan Transit  untuk murid2 Kafa dan Tadika. Kami menyediakan makan tengahari sebelum ke sekolah atau selepas pulang dari sekolah, kami menguruskan juga pakaiandan kebersihan anak-anak.  Semua ini kami lakukandengan penuh tanggungjawab didalam suasana kasih sayang. El Khawarizmi mengambil tahu hal-hal berkaitan urusan anak-anak pelajar. Oleh itu, ibubapa tidak perlu lagi runsing untuk menguruskan anak-anak mereka. Ibubapa juga tidak perlu lagi  tergesa-gesa atau bergegas pada waktu tengahari untuk mengambil dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana semuanya diuruskan oleh El Khawarizmi.

  Tahun 2021 merupakan tahun ke 4 Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar ditubuhkan dan mempunyai murid sebanyak 150 orang. Manakala keseluruhan murid Sekolah Integrasi, Kafa dan Tadika adalah seramai 270 orang.

   Terdapat perkhidmatan lain iaitu perkhidmatan Jagaan Day Care dan transit  untuk murid-murid Kafa dan Tadika. Kami menyediakan makan tengahari sebelum ke sekolah atau selepas pulang dari sekolah, kami menguruskan juga pakaian dan kebersihan anak-anak.  Semua ini kami lakukan dengan penuh tanggungjawab didalam suasana kasih sayang. El-Khawarizmi mengambil tahu hal-hal berkaitan urusan anak-anak pelajar. Oleh itu, ibubapa tidak perlu lagi runsing untuk menguruskan anak-anak mereka. Ibubapa juga tidak perlu lagi  tergesa-gesa atau bergegas pada waktu tengahari untuk mengambil dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana semuanya diuruskan oleh El Khawarizmi.

   Alhamdulillah, cara ini mendapat sambutan hangat di kalangan ibubapa dan masyarakat. Telah banyak penambah baikan  yang El Khawarizmii lakukan demi memenuhi tanggungjawab ini. Ramai  Ibubapa yang berpuas hati kerana anak-anak dapat dididik dengan fokus dan hasilnya anak-anak telah menghafaz surah -surah pilihan dan berketerampilan  menjadi seorang pemimpin. 

   El Khawarizmi telah dikenali dikawasan puchong kerana ia telah melahirkan ramai anak-anak yang menghafaz Al Quran dan mempunyai akhlak yang soleh dan solehah.Selama 16 tahun.El-Khawarizmi telah mendidik lebih 2000 orang murid.